Kelantan Exchange (2020)

سكاڤور سيريه سأولس ڤينڠ

Pertubuhan Kraf Malaysia (dikenali sebagai Malaysian Craft Council atau MCC) merupakan sebuah pertubuhan yang berpendirian neutral  atau berkecuali dengan satu impian dan inisiatif membina legasi jangka panjang. Ia adalah perjuangan yang sekian lamanya telah dilakukan dalam memertabatkan serta memelihara keaslian hasil kraf warisan Malaysia supaya terus kekal dan tidak ditelan zaman. Biarlah kami menjadi tunggak utama suara para artisan dalam mengenengahkan bakat juga sumbangan mereka kepada industri agar usaha, masa dan usia yang dikorbankan terbela serta berterusan.

Cetusan idea Kelantan Exchange 2020 adalah merupakan program sulung MCC di peringkat nasional. Perkataan exchange membawa maksud pertukaran sama ada dalam bentuk idea, ilmu, nilai atau apa jua tindakan balas-membalas. Yang pastinya apabila satu pihak memberi, maka, pihak yang menerima akan membalas dengan nilai yang sama ataupun yang lebih tinggi.

Pemilihan negeri Kelantan pula sebagai negeri pertama program ini dijalankan sangat bersesuaian dengan kekayaan hasil kraf di negeri ini berbanding kebanyakan negeri lain di Malaysia. Jadi, besarlah hasrat saya dan seluruh warga MCC, agar Kelantan Exchange akan  menjadi landasan tahunan yang mempamerkan hasil seni kraf tradisional dengan nafas baru untuk masyarakat, platform bertukar-tukar pendapat dan maklumat, serta menarik golongan pengguna mahupun jalinan kerjasama antara badan-badan berkaitan. Kami tidak menyangkal kemungkinan akan wujud Kuala Lumpur Exchange, Penang Exchange dan negeri-negeri yang lain di bawah payung Malaysian Craft Council.

Marilah kita sama-sama menghargai, mengingati, mendalami dan meraikan usahawan kraf tempatan. Melalui pendekatan menyuntik unsur moden dalam perusahaan dan rekaan kraf, Moga ia menjadi jambatan yang menghubungkan artisan serta penggiat industri dengan orang ramai tanpa monopoli kuasa ekonomi oleh orang tengah. Seterusnya diharapkan agar program Kelantan Exchange ini, bakal mewujudkan lebih ramai golongan muda yang berminat menceburi bidang kraf dan menjadikannya kerjaya pilihan.

Penyuntikan unsur moden dalam perusahaan dan rekaan kraf yang diketengahkan sepanjang program ini memberi gambaran potensi serta dimensi kepelbagaian eksplorasi kreativiti.  Ini membuktikan bahawa kraf kita adalah fleksibel serta boleh diterima oleh pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat dengan nilai komersil untuk diketengahkan di pasaran antarabangsa.

Kelantan Exchange diharapkan bakal menjadi aktiviti tahunan yang akan sentiasa mengorak langkah kearah pembaharuan dan inovasi kraf tempatan yang akan terus gemilang di persada antarabangsa. Ini akan menarik golongan pengguna dan mendapat jalinan kerjasama antara badan-badan berkaitan, tempatan dan luar negara demi menyemarakkan kesedaran dan memeriahkan industri kraf di Malaysia.

Sekian.

Nik Faiz

 

Galleries

1. Art & Craft Bazaar

/

2. Cultural Night Panggong Mak Yong

/

3. Gala Dinner - Malam Senandung Warisan

/

4. Meet & Greet With Arja Lee

/

5. Talk

 

 

Back to blog